pengikut

Jumaat, 21 Mei 2010

kawan + sahabat + rakan + member + teman + friend + geng = best friend forever




kwn2 sek rendah

Apa saja nama yang anda panggil untuk kawan.. Still tetap kawan. Selalu dengar orang cakap " Kawan Gembira Senang Dicari , kawan susah sangat susah untuk di cari".


Tapi 4 me Alhamdulillah ... Setakat nie my friendssssss.......... semuanya yang OK.X de kawan yang gembira ja bersama. Selalunya kami susah payah bersama. Teknologi terkini turut menjadi penyumbang keeratan dan jalinan ukwah antara kita berkawan dan bersahabat. buat mase kini, Facebook menjadi medium perantraan dengan kawan-kawan masa sekolah rendah , sekolah menengah dan universiti yg sebahagiannye kite da lost contact. Sekurang-kurangnye kalau kita x dapat re-union dalam dunia yang nyata dalam alam maya nie pun dah dpt tanya khabar. So x de isu los contact. Melainkan mmg kawan tue sendiri yang nak melostkan contact sendiri.


kwn2 sek mngh

Bercerita pasal
kawan kadang-kadang ada kawan yg ikhlas berkawan dengan kita. Kadang-kadang ada kawan yang nak mengambil kesempatan jer ke atas kita. Yang nak menilai diri kita sendiri. Memang mula-mula akan baik dengan kita apa kita buat semua nya betul dan tepat . At last rupanya ada agenda lain. Sebenarnya dalam berkawan nie kawan sejati ialah kawan yg dgn jujurnya akan beritahu perkara yang benar tentang diri kita. Walaupun benda tue sebenarnya pahit utk kita telan. kawan sejati la yang akan buat kita tersedar dengan kelemahan kita. Sebab tue ada jga orang kata "Our enemies is our best fren" .SEBAB enemies nie akan bgtahu benda sebenar tentang kita. So kita x kan berada diawang-awangan dalam dunia sendiri. Apa -pun terpulang atas diri sendiri mcmana ak menilai semua tue...
bdak2 prek
geng2 pdt
geng2 wak lu

bdak kuliah

aq sgt sayang
kawan-kawan aku..... tanpe diorang sunyi sepi la dunia aq....... ingatla, korangla kawan terbaek yg pernah aq ade...... aq sayang semua kawan-kawan aq........ koranglah Best Friend Forever......
kawanku tetap di hati.......



p/s: kepada mmbr yg gmbnye x tersenarai jgn riso korang dlm hati ku ttp ade......

Ahad, 16 Mei 2010

~selamat pagi cikgu~



GURU OH GURU-USMAN AWANG

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

malam yg bosan~~


kerana dek kebosanan dimalam hari make terwujudlah blog ini.....
sebenarnye da lame niat tertanam di hati utk membuat blog tp ntah disebabkan kemalasan+internet yg mcm harem je.......
so hari nie dlm sejarah r sbb aq da berjaya mewujudkan sebuah blog utk aq snirik.......
hahahaha~~
lpas nie bermulalah aku sebagai seorang blogger.........